F.A.M.I.L.Y

F.A.M.I.L.Y
The people yg selalu bersama dikala suka dan duka. Yang paling MENGGEMBIRAKAN. =)

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
I'm live at Ipoh,Perak..With my lovely family..21 years old in 2013..I'm Ex student from Matriculation Collage at Jengka,Pahang Darul Makmur..Now already enroll a step in UTeM in Electrical Engineering in Power Industry.. I'm really love all my friend regardless i know them or not..I hope i will success in the world and the hereafter..Pray 4 my success Orite?? Amin..

Wednesday, July 24, 2013

Event Berbuka Puasa Bersama @Twt_Melaka



Assalamualaikum...

Hello..

Hari ni kat Melaka ni panas gila. Kadang-kadang rasa nak terbakar tambah-tambah plak time puasa.. *Dahaga* Tapi, itu boleh je tambahkan tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. 
Amin..

Bukan saja nak bukak cerita pasal hari ni hujan ke, tak hujan ke. Hari ni nak cerita pasal event yang member aku create bersama dengan rakan twitter, @twt_melaka! di Api2. Berhampiran dengan Jasco Melaka Sentral. Konsep dia macam Seoul Garden lah. *Sebenarnya tak pernah pergi pon event yang macam ni. Excited sgt!* 
T_T

Antara yang join and actually memang member aku, Zuhusna, Azri Fathurrahman and Fakrul je. 
*Psstttt! Zuhusna ngan Fakrul ni sebenarnya bukan adik abang. Diorang nih ada RELATIONSHIP! Sory geng! Haha*
Masa aku, Azri and Zuhusna ni sampai, keadaan sangatlah tak ceria. Orang kata macam melawat majlis tahlil je. Nasib lah ada Admin twt_melaka, Q yang beramah mesra. *Dia nih bajet anak dara nih, padahal status --> Bini orang. kehkehkeh!* Tapi time baru sampai, semua macam kayu lagi je. Keras macam spongebob kayu je. Macam  "Aku hal aku then, ko hal ko." Pastu dah dekat2 nak berbuka puasa tuh, ramailah yang kunjung tiba. Yang join actually ada 25 orang, tapi Ihsan (yang berganding bahu bersama Azri) kata, 15 orang je yang sampai. T_T. 

Time berbuka sudah tiba. Perghhh! Kemain budak2 ni beratur amik bahan2 yang diorang nak bakar n mengkedarah! haha. Ape lagi, semua pakat serbu makanan. Time dah amik makanan tuh, macam terpesona la jgak. Ada daging kambing, lembu n ayam.
*Ayam mahal la kat melaka. Kecian raya t umah kurang ada lauk ayam. =_='*

Seafood plak ada pelbagai jenis bebola. Paling aku suka, bebola ketam lah. Ada jgak yang mentah cm sotong, kerang, lala and macam2 lah. Nasi and lauk-pauk pun ada. Yang aku nampak tapi tak sempat rasa ialah Pari Asam Pedas. Rugi sangat! Made in Melaka hoi.  Tapi tak amik dah semua tuh bila dah nampak benda2 yang nak dipanggang tadi. Rugilah kalau makan nasi, kenyang cepat gila kot! Yang dah amik pon tak termakan dah, banyak sangat. Hilang diet gua bulan2 puasa nih.. haha

Part yang paling excited! Time membakar la uols! 

Ini lah yang dinamakan makanan berkhasiat.
*Tepi tu daging kambing kot bersama tam yam! yum3!*
*Lala and kerang tuh kitaorg masukkan dalam tamyam. Pastu,bila bukak, kulit je yang tinggal. Isi dah tertanggal. T_T. Sate plak dari meja Q, diorang tak abis. Bayar la weh! haha*

Kemain seronok kacau kuah tomyam! Nampak sedap tak? Actually,memang sangat sedap!
* Saja masukkan gambar budak nih sebab dia yang BELANJER or fully sponser dari dia! Thanks kawan! Baik hati budak ni. Lain kali blanjer lagi yea! haha*




Gambar banyak yang tak clear. Copy dari twitter la katakan. Sob3! T_T



Yang nilah member aku yang join. Yang kiri tu Fakrul and yang kanan tuh Zuhusna. 

*Adik abang katanya. Dua-dua orang nih kuat gila makan. Kalah aku yang kecik nih. kahkah =P*


*Muka gembira sebab tgok makanan banyak gila and tak sabar2 nak MAKAN!*

Hah! Time ni dah beramah mesra dah semua. Maklumlah, dah berbuka. Semua dah bersemangat, baru masing2 nak bersembang, sesi sual kenal pun bergerak dengan sempurna. Adegan pakat pangkah memangkah and bahan membahan pun berlaku. Semua gembira, ada yang tersedak sebab gelak sambil kunyah sate! Paling tak bleh blah, bila geng i Syed pangkah si Q, Q buat muka blur. Lama gila dia duduk tegak perhati semua orang. Berkerut dahi dia. Akhirnya beliau sedar beliau sedang dibahan. *Lama gila dia 'loading' sebab tak paham* haha..



*Ini plak snap bila dah nak balik. Muka gembira je sebab kenyang. Tak sedar pun jam dah dekat pukul 9 malam. Tarawih woi! haha*

Kebanyakkan orang2 kat atas tuh semua TweetFamous. Harap2, event yang #TwetUpRaya tu menjadilah yea.
Itu je nak cerita. Tulis cepat2 sebab kejar nak bukak puasa kat Kampus Induk kat UTeM. Ada jamuan berbuka puasa bersama TYT katanya. Makan time!
#Kenangan terindah! 
#Event ni dah lama dah. Hari Sabtu minggu lepas. Tak ada masa nak update. Sory. Tu je.. hmm. Bye. =)








Thursday, July 18, 2013

Fav Blogger!



Assalamualaikum. Hello there! =)

Hari ni nak cerita pasal special blog atau fav blogger la. Dalam banyak2 blog yang dah lama aku baca silent reader ada dua blog yang sgt menarik perhatian aku. Bila masuk dalam blog tuh, aku dapat rasa aku sedang membaca dan mengenali diri mereka. Dan yang penting ada input yang aku dapat dalam pembacaan aku terhadap dua blog nih. 

Blog yang first yang ni. 


Dalam blog ni ada banyak input yang aku dapat. Tertanya2 tak?? haha. Sebenarnya, blog ni lah yang paling aku suka baca. Setiap update mesti baca walaupun silent reader. 
*Bukan stalker okay! Kang tak pasal2 kena chop stalker bini orang*
huhu T_T

Aku seharusnya memberi penghargaan paling besar kepada blogger namee roslan ni sebab beliaulah pencetus diri ini kepada pembukaan acount blog mamat blackly ni. Haa. Nampak tak betapa besar kesan pembacaan  dari blogger ini? Bukan ape, beliau dah membuka mata aku yang kehidupan seharian boleh dikongsikan bersama dengan sesiapa sahaja yang mahu membaca.

*Aku tak cakap pun semua smpai yang dalam kelambu or dalam seluar or dalam2 yang lain pun patut dikongsi ok! Kang salah faham plak!*

Bagi aku, selagi kisah2 or post2 yang owesome dan cara blogger itu sendiri menangkap menarik minat pembaca, selagi itu beliau akan terus melangkah kehadapan.
*Ayat movie sebenarnya atas ni, tapi lupa yang mana T_T *

Dan aku minat membaca kisah2 hidup or personal ni sebab aku spesis manusia yang belajar dari pengalaman dari orang lain. Selain itu, pembacaan terhadap bahan2 seperti ini bagi aku dapat meningkatkan kematangan dan cara pemikiran seseorang individu sebab dalam blog beliau,beliau kongsikan macam2 aspek lah.  And dalam blog beliau dicampurkan pelbagai2 jenis perkongsian macam memasak ada, kisah cinta ada, kisah adik beradik ada,kisah shopping ada, ang macam2 lah!

Memang betul pepatah ada mengatakan 'pengalaman adalah cikgu yang terbaik', tapi pengalaman orang lain jugak boleh diambil sebagai sebahagian dari kehidupan kita jugak kan? Kita sebenarnya berhadapan pada masalah yang sama,cuma cara masalaha itu datang yang berbeza. Tak kan dah terhantuk baru nak heboh2 cari pengajaran plak kan? Renungkan ayat2 seketika ya rakan2. Tapi aku suka blog ni, TITIK!

Blogger yang satu lagi ialah saudari cantik molek. Farah Lee, alaaa.. Bini si Ally Iskandar tuh. Haa. =)
*Tak kenal tanda dia noob dalam blog. Sesedap je kan?* haha

Farahin Lee

Blogger yang ini plak banyak mengajar aku dalam kerohanian dan insaniah!
*Amboi* Haha =P

Bukan nak mengangkat beliau naik dalam kehidupan aku atas alasan dia kawin artis ke ape kan, tapi cara penulisan beliau dapat menarik aku yang jahil agama ni baca sesuatu yang sangat kearah keagamaan. OWESOME sangat! Tahniah!
*yeay! Bayangkan ada bunga api meletup2 atas kepala*

Bukan ape, setiap yang beliau tulis atau luahkan mesti berlandaskan agama. Bukan penulisan kosong je, *macam orang yang bercakap kosong, zero!* setiap yang beliau tulis mesti ada Hadis or ayat suci Al Quran disertakan sekali. Bila pembaca ni tengok, wow! Hebat! Siap ada rujukan ayat2 Kalam Allah! Kadang2 tu, setiap post yang beliau kongsikan bagai terus diterima oleh hati dan akal walau sekeras mana pun kehitaman iman mereka. *Perghhhh* Sometime ada animation yang beliau lukiskan untuk beri pemahaman yang lebih baik. Cara penyampaian dakwah tu orang kata 'berjaya sampai ke jiwa dan raga'. Haha. Thanks yea Kak Farah atas perkongsian dan penulisan yang hebat tuh. Harap perkongsian yang akak kongsikan terus dimanfaat dan dikongsikan kepada yang lain.

Walaupun kedua2 blogger ni wanita dan status BERKAHWIN, tapi penulisan mereka sangat terbaik, sangat berguna and sangat owesome lah! Semoga blogger2 ni sentiasa bahgia hingga ke anak cucu dan mohon,jgan berhenti menulis. 

Wednesday, July 17, 2013

Perkauman dan Nilai Sivik


Assalamualaikum.. Hello there! hehe..
*Tak pasti sama ada kena 'hehe' tu ke tak sebab nak sembang pasal benda serius ni. 

Aku just nak kongsi pendapatlah pasal ape yang panas hari ni. Nak dijadikan permulaan kisah dongeng serius la kan, tengah2 kushyuk bukak news feed kat FB tetiba terbaca troll kat one page nih. Isu yg boleh menggugat pemikiran setiap individu pasal keagamaan dan sensitiviti kaum rasanya ni. Hmm. Pasal picture tu x kesah sangat sebab ada yang betul and ada yang salah. Biasalah,setiap perbuatan pun ada kebaikkan dan keburukkan. Betul tak toqq? 
 
Nak tengok? Jap.



Nampak tak? Ape yang betul dan ape yang tak betul? O.o

Pada pendapat aku, dalam budaya dan adat mana-mana kaum pun tak ada satu pun agama atau kepercayaan yang menyuruh pengikutnya mencaci dan menghina kaum lain. Setiap individu ada kepercayaann masing-masing. Kita semua terdiri dari berbagai pandangan dan dari situ terlahirnya perbezaan. Tapi sebelum seseorang nak membuka mulut atau berfikir nak keluarkan sesuatu,kita bukan setakad kena mengetahui secara mendalam agama sendiri,tapi kenalah ada sedikit sebanyak pengetahuan pasal agama lain. Jangan main tembak jer.
*Korang ingat ni main CS ker?*

Dalam gambar diatas pula, bila ditenung, ada yang faham dan ada yang tersalah faham. Aku bukan nak lebihkan agama sendiri dalam hal ini, tapi dari yang aku nampak, gambar kat atas ni menunjukkan hukuman berat sebelah. Memang benar pun, Melayu kat Malaysia ni terlampau menunjuk perasaan sampai kadang-kadang terkeluar dari landasan agama Islam yang suci. Marah yang meluap-luap dalam hati terus dilayan. Janganlah sampai orang yang muslim ni dikatakan 'cepat melatah' disebabkan image yang dipaparkan oleh Melayu.

Dalam negara kita ni ada pelbagai agama dan fahaman. Tapi kita kena jugak faham, dalam setiap pengikut agama tak kira ape jua agama, mesti ada yang tak boleh berfikiran secara waras.Bak kata orang tua-tua, "dalam setandan pisang,bukan semuanya busuk". Tapi yang selalu menyerlah dan sering menimbulkan masalah ialah pisang yang busuk tuh. *Dah nama pisang busuk, mesti menyerlah =P *

Orang Melayu, bila ada yang menghina,cepat melatah. Berani kerana benar?? Haha. Jangan kata kau dah cukup berani kalau solat pun kemana, puasa pun tak buat. *Tolonglah sentap*
Aku yakin, kalau seseorang yang betul2 terisi ilmu didada, kompem x buat lah sesi hina menghina ni. Betul tak? 
Orang yang berilmu pasti akan nasihat sebaik-baiknya jika ada orang lain yang salah. Kalau nasihat x diterima, dan berulang,mesti ada hukuman yang setimpal yang akan ditanggung oleh pelakunya kan? So, aku x rasa sesi hina menghina ni patut wujud kerana ia membangkitkan kemarahan bagi orang yang tak terlibat dalam hal ini. Tak faham??

Contohnya, bila ada orang Cina macam 2 orang *dalam gambar* kat atas tuh, bukan semua orang Cina bersifat macam tuh. Mungkin keruntuhan moral yang membuatkan mereka jadi macam tu. Seharusnya korang semua kena tahu ada ramai orang Cina tak suka dengan cara mereka dan menganggap orang sebegitu memalukan kaum Cima sendiri. hah! nampak kan?

Tadi tu isu pertama, cerita pasal orang Melayu menghina kaum lain plak,isu kedua. Bagi yang belajar agama Islam, Allah pun tak suka hambaNya bermusuh-musuhan atau saling benci membenci. Memaafkan adalah cara yang paling mulia. Aku bagi pandangan bukan sebab nak raya ke ape kan,berdasarkan logik dan pengetahuan aku serta akal yang dianugerahkan Allah.
Dan yang penting, agama Islam pun menuntut penganutnya menghormati hak beragama bagi orang yang non-muslim. So, ape yang dilakukan dengan pijak kepala lembu dan bakar Bibble? hmm, cara kita menghormati agama yang lain ke?
*Aku rasa tidak sama sekali!*

Bila baca komen-komen pembaca tentang troll kat atas ni, aku jadi sayu, pelbagai pihak cuba mengeluarkan pandangan mereka dengan ilmu yang cetek dan lidah yang berbisa. Itu bukan cara manusia kelas pertama berkomunikasi kan?
*dengan kata-kata kesat dan hinaan* It's not my style!

So,aku harap orang-orang yang suka mengemburkan isu-isu sensitif ni boleh mula membuang tabiat ini. Jangan bangkitkan isu sensitif atau bersifat perkauman ni berbahaya. Umpama barah yang membunuh secara senyap kerana marah kalau dipendam dan terus dipendam, takut tak terkawal. Mangsanya adalah keharmonian dan keamanan negara juga nanti.

*Aku tak suka picture yang last tu, patut kena tukar dengan ayat yang lebih sesuai macam 'Kita haruslah saling hormat-menghormati dan bertoleransi'. Bukan nak membangkitkan lagi kemarahan*
#Benci tengok FB tukar privacy and theme yang baru. Pening nak tgok. O.o



"KEPERLUAN DAN KEHENDAK ADALAH DUA PERKARA BERBEZA"

Keperluan adalah KEPENTINGAN dalam kehidupan..Kehendak adalah NAFSU semata-mata..Bijaklah memilih antaranya..