F.A.M.I.L.Y

F.A.M.I.L.Y
The people yg selalu bersama dikala suka dan duka. Yang paling MENGGEMBIRAKAN. =)

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
I'm live at Ipoh,Perak..With my lovely family..21 years old in 2013..I'm Ex student from Matriculation Collage at Jengka,Pahang Darul Makmur..Now already enroll a step in UTeM in Electrical Engineering in Power Industry.. I'm really love all my friend regardless i know them or not..I hope i will success in the world and the hereafter..Pray 4 my success Orite?? Amin..

Wednesday, July 24, 2013

Event Berbuka Puasa Bersama @Twt_Melaka



Assalamualaikum...

Hello..

Hari ni kat Melaka ni panas gila. Kadang-kadang rasa nak terbakar tambah-tambah plak time puasa.. *Dahaga* Tapi, itu boleh je tambahkan tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. 
Amin..

Bukan saja nak bukak cerita pasal hari ni hujan ke, tak hujan ke. Hari ni nak cerita pasal event yang member aku create bersama dengan rakan twitter, @twt_melaka! di Api2. Berhampiran dengan Jasco Melaka Sentral. Konsep dia macam Seoul Garden lah. *Sebenarnya tak pernah pergi pon event yang macam ni. Excited sgt!* 
T_T

Antara yang join and actually memang member aku, Zuhusna, Azri Fathurrahman and Fakrul je. 
*Psstttt! Zuhusna ngan Fakrul ni sebenarnya bukan adik abang. Diorang nih ada RELATIONSHIP! Sory geng! Haha*
Masa aku, Azri and Zuhusna ni sampai, keadaan sangatlah tak ceria. Orang kata macam melawat majlis tahlil je. Nasib lah ada Admin twt_melaka, Q yang beramah mesra. *Dia nih bajet anak dara nih, padahal status --> Bini orang. kehkehkeh!* Tapi time baru sampai, semua macam kayu lagi je. Keras macam spongebob kayu je. Macam  "Aku hal aku then, ko hal ko." Pastu dah dekat2 nak berbuka puasa tuh, ramailah yang kunjung tiba. Yang join actually ada 25 orang, tapi Ihsan (yang berganding bahu bersama Azri) kata, 15 orang je yang sampai. T_T. 

Time berbuka sudah tiba. Perghhh! Kemain budak2 ni beratur amik bahan2 yang diorang nak bakar n mengkedarah! haha. Ape lagi, semua pakat serbu makanan. Time dah amik makanan tuh, macam terpesona la jgak. Ada daging kambing, lembu n ayam.
*Ayam mahal la kat melaka. Kecian raya t umah kurang ada lauk ayam. =_='*

Seafood plak ada pelbagai jenis bebola. Paling aku suka, bebola ketam lah. Ada jgak yang mentah cm sotong, kerang, lala and macam2 lah. Nasi and lauk-pauk pun ada. Yang aku nampak tapi tak sempat rasa ialah Pari Asam Pedas. Rugi sangat! Made in Melaka hoi.  Tapi tak amik dah semua tuh bila dah nampak benda2 yang nak dipanggang tadi. Rugilah kalau makan nasi, kenyang cepat gila kot! Yang dah amik pon tak termakan dah, banyak sangat. Hilang diet gua bulan2 puasa nih.. haha

Part yang paling excited! Time membakar la uols! 

Ini lah yang dinamakan makanan berkhasiat.
*Tepi tu daging kambing kot bersama tam yam! yum3!*
*Lala and kerang tuh kitaorg masukkan dalam tamyam. Pastu,bila bukak, kulit je yang tinggal. Isi dah tertanggal. T_T. Sate plak dari meja Q, diorang tak abis. Bayar la weh! haha*

Kemain seronok kacau kuah tomyam! Nampak sedap tak? Actually,memang sangat sedap!
* Saja masukkan gambar budak nih sebab dia yang BELANJER or fully sponser dari dia! Thanks kawan! Baik hati budak ni. Lain kali blanjer lagi yea! haha*




Gambar banyak yang tak clear. Copy dari twitter la katakan. Sob3! T_T



Yang nilah member aku yang join. Yang kiri tu Fakrul and yang kanan tuh Zuhusna. 

*Adik abang katanya. Dua-dua orang nih kuat gila makan. Kalah aku yang kecik nih. kahkah =P*


*Muka gembira sebab tgok makanan banyak gila and tak sabar2 nak MAKAN!*

Hah! Time ni dah beramah mesra dah semua. Maklumlah, dah berbuka. Semua dah bersemangat, baru masing2 nak bersembang, sesi sual kenal pun bergerak dengan sempurna. Adegan pakat pangkah memangkah and bahan membahan pun berlaku. Semua gembira, ada yang tersedak sebab gelak sambil kunyah sate! Paling tak bleh blah, bila geng i Syed pangkah si Q, Q buat muka blur. Lama gila dia duduk tegak perhati semua orang. Berkerut dahi dia. Akhirnya beliau sedar beliau sedang dibahan. *Lama gila dia 'loading' sebab tak paham* haha..



*Ini plak snap bila dah nak balik. Muka gembira je sebab kenyang. Tak sedar pun jam dah dekat pukul 9 malam. Tarawih woi! haha*

Kebanyakkan orang2 kat atas tuh semua TweetFamous. Harap2, event yang #TwetUpRaya tu menjadilah yea.
Itu je nak cerita. Tulis cepat2 sebab kejar nak bukak puasa kat Kampus Induk kat UTeM. Ada jamuan berbuka puasa bersama TYT katanya. Makan time!
#Kenangan terindah! 
#Event ni dah lama dah. Hari Sabtu minggu lepas. Tak ada masa nak update. Sory. Tu je.. hmm. Bye. =)








No comments:

Post a Comment

"KEPERLUAN DAN KEHENDAK ADALAH DUA PERKARA BERBEZA"

Keperluan adalah KEPENTINGAN dalam kehidupan..Kehendak adalah NAFSU semata-mata..Bijaklah memilih antaranya..