F.A.M.I.L.Y

F.A.M.I.L.Y
The people yg selalu bersama dikala suka dan duka. Yang paling MENGGEMBIRAKAN. =)

About Me

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
I'm live at Ipoh,Perak..With my lovely family..21 years old in 2013..I'm Ex student from Matriculation Collage at Jengka,Pahang Darul Makmur..Now already enroll a step in UTeM in Electrical Engineering in Power Industry.. I'm really love all my friend regardless i know them or not..I hope i will success in the world and the hereafter..Pray 4 my success Orite?? Amin..

Wednesday, July 17, 2013

Perkauman dan Nilai Sivik


Assalamualaikum.. Hello there! hehe..
*Tak pasti sama ada kena 'hehe' tu ke tak sebab nak sembang pasal benda serius ni. 

Aku just nak kongsi pendapatlah pasal ape yang panas hari ni. Nak dijadikan permulaan kisah dongeng serius la kan, tengah2 kushyuk bukak news feed kat FB tetiba terbaca troll kat one page nih. Isu yg boleh menggugat pemikiran setiap individu pasal keagamaan dan sensitiviti kaum rasanya ni. Hmm. Pasal picture tu x kesah sangat sebab ada yang betul and ada yang salah. Biasalah,setiap perbuatan pun ada kebaikkan dan keburukkan. Betul tak toqq? 
 
Nak tengok? Jap.



Nampak tak? Ape yang betul dan ape yang tak betul? O.o

Pada pendapat aku, dalam budaya dan adat mana-mana kaum pun tak ada satu pun agama atau kepercayaan yang menyuruh pengikutnya mencaci dan menghina kaum lain. Setiap individu ada kepercayaann masing-masing. Kita semua terdiri dari berbagai pandangan dan dari situ terlahirnya perbezaan. Tapi sebelum seseorang nak membuka mulut atau berfikir nak keluarkan sesuatu,kita bukan setakad kena mengetahui secara mendalam agama sendiri,tapi kenalah ada sedikit sebanyak pengetahuan pasal agama lain. Jangan main tembak jer.
*Korang ingat ni main CS ker?*

Dalam gambar diatas pula, bila ditenung, ada yang faham dan ada yang tersalah faham. Aku bukan nak lebihkan agama sendiri dalam hal ini, tapi dari yang aku nampak, gambar kat atas ni menunjukkan hukuman berat sebelah. Memang benar pun, Melayu kat Malaysia ni terlampau menunjuk perasaan sampai kadang-kadang terkeluar dari landasan agama Islam yang suci. Marah yang meluap-luap dalam hati terus dilayan. Janganlah sampai orang yang muslim ni dikatakan 'cepat melatah' disebabkan image yang dipaparkan oleh Melayu.

Dalam negara kita ni ada pelbagai agama dan fahaman. Tapi kita kena jugak faham, dalam setiap pengikut agama tak kira ape jua agama, mesti ada yang tak boleh berfikiran secara waras.Bak kata orang tua-tua, "dalam setandan pisang,bukan semuanya busuk". Tapi yang selalu menyerlah dan sering menimbulkan masalah ialah pisang yang busuk tuh. *Dah nama pisang busuk, mesti menyerlah =P *

Orang Melayu, bila ada yang menghina,cepat melatah. Berani kerana benar?? Haha. Jangan kata kau dah cukup berani kalau solat pun kemana, puasa pun tak buat. *Tolonglah sentap*
Aku yakin, kalau seseorang yang betul2 terisi ilmu didada, kompem x buat lah sesi hina menghina ni. Betul tak? 
Orang yang berilmu pasti akan nasihat sebaik-baiknya jika ada orang lain yang salah. Kalau nasihat x diterima, dan berulang,mesti ada hukuman yang setimpal yang akan ditanggung oleh pelakunya kan? So, aku x rasa sesi hina menghina ni patut wujud kerana ia membangkitkan kemarahan bagi orang yang tak terlibat dalam hal ini. Tak faham??

Contohnya, bila ada orang Cina macam 2 orang *dalam gambar* kat atas tuh, bukan semua orang Cina bersifat macam tuh. Mungkin keruntuhan moral yang membuatkan mereka jadi macam tu. Seharusnya korang semua kena tahu ada ramai orang Cina tak suka dengan cara mereka dan menganggap orang sebegitu memalukan kaum Cima sendiri. hah! nampak kan?

Tadi tu isu pertama, cerita pasal orang Melayu menghina kaum lain plak,isu kedua. Bagi yang belajar agama Islam, Allah pun tak suka hambaNya bermusuh-musuhan atau saling benci membenci. Memaafkan adalah cara yang paling mulia. Aku bagi pandangan bukan sebab nak raya ke ape kan,berdasarkan logik dan pengetahuan aku serta akal yang dianugerahkan Allah.
Dan yang penting, agama Islam pun menuntut penganutnya menghormati hak beragama bagi orang yang non-muslim. So, ape yang dilakukan dengan pijak kepala lembu dan bakar Bibble? hmm, cara kita menghormati agama yang lain ke?
*Aku rasa tidak sama sekali!*

Bila baca komen-komen pembaca tentang troll kat atas ni, aku jadi sayu, pelbagai pihak cuba mengeluarkan pandangan mereka dengan ilmu yang cetek dan lidah yang berbisa. Itu bukan cara manusia kelas pertama berkomunikasi kan?
*dengan kata-kata kesat dan hinaan* It's not my style!

So,aku harap orang-orang yang suka mengemburkan isu-isu sensitif ni boleh mula membuang tabiat ini. Jangan bangkitkan isu sensitif atau bersifat perkauman ni berbahaya. Umpama barah yang membunuh secara senyap kerana marah kalau dipendam dan terus dipendam, takut tak terkawal. Mangsanya adalah keharmonian dan keamanan negara juga nanti.

*Aku tak suka picture yang last tu, patut kena tukar dengan ayat yang lebih sesuai macam 'Kita haruslah saling hormat-menghormati dan bertoleransi'. Bukan nak membangkitkan lagi kemarahan*
#Benci tengok FB tukar privacy and theme yang baru. Pening nak tgok. O.o



No comments:

Post a Comment

"KEPERLUAN DAN KEHENDAK ADALAH DUA PERKARA BERBEZA"

Keperluan adalah KEPENTINGAN dalam kehidupan..Kehendak adalah NAFSU semata-mata..Bijaklah memilih antaranya..